Webinar Berkala Sains Edisi 3
14 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2026, seorang pelajar telah menyertai Webinar Berkala Sains Edisi 3 yang membincangkan topik Teknik Menjawab UASA. Webinar ini khas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Menerusi sesi ini, peserta didedahkan dengan teknik menjawab soalan Sains dengan lebih berkesan, kaedah memahami kehendak soalan serta strategi mengurus masa ketika peperiksaan.
Webinar ini turut memberi panduan kepada pelajar dalam membuat persediaan menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) melalui pemahaman konsep, penggunaan istilah yang tepat dan pendekatan menjawab berdasarkan format soalan.
Program ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan, memperkukuhkan pemahaman dalam subjek Sains serta mencapai prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: